Cikgu Joo kempen guna dua lelaki 'one by one gentleman'

Video kempen Cikgu Joo (tengah) menampilkan dua individu terlibat pergaduhan 'one by one gentleman' sambil menikmati durian simbolik perpaduan kaum.
Video kempen Cikgu Joo (tengah) menampilkan dua individu terlibat pergaduhan 'one by one gentleman' sambil menikmati durian simbolik perpaduan kaum.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak sampai 24 jam selepas melancarkan manifesto PADU, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin memuat naik video kempen melibatkan dua individu tular pergaduhan 'one by one gentleman'.

Video berdurasi satu minit 38 saat itu menampilkan pemilik kedai runcit, Goh Yap Eng dan pelanggan, P Inthiran bersama calon mewakili Kerajaan Perpaduan berkenaan menikmati durian sebagai simbolik perpaduan kaum di Malaysia.

Sebelum ini, tular rakaman video pergaduhan antara kedua-dua lelaki berkenaan saling membuat provokasi sehingga menjadi usikan netizen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna aplikasi X memuji usaha Joohari atau lebih kenali sebagai Cikgu Joo dalam mempelbagaikan bahan kempen menjelang hari pengundian, minggu depan.

Tidak kurang juga yang memberi cadangan kepada beliau untuk membuat 'content' di beberapa lokasi lain di daerah Sungai Bakap.

Dr Joohari menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail pada PRK berkenaan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!