Aplikasi ciptaan Yumi menang hadiah utama Goodday KidSTART 2.0

Lee Yumi bersama ibu dan bapanya selepas diumumkan memenangi hadiah utama Goodday KidSTART 2.0. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Lee Yumi bersama ibu dan bapanya selepas diumumkan memenangi hadiah utama Goodday KidSTART 2.0. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan isu keselamatan pelajar ketika menggunakan perkhidmatan bas sekolah mendorong Lee Yumi, 9, mengilhamkan aplikasi yang membolehkan ibu bapa memantau pergerakan anak masing-masing.

Pembentangan terperinci idea berkenaan menjadi perhatian juri sekali gus menobatkan pelajar Global Oak Tree Scholars International School, Bukit Jelutong Shah Alam itu memenangi hadiah utama Goodday KidSTART 2.0 yang melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Yumi berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan memenangi pertandingan berkenaan kerana 20 peserta yang layak ke peringkat akhir juga tidak kurang hebatnya.

Pemenang 9 kategori Goodday KidSTART 2.0 pada majlis penyampaian hadiah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pemenang 9 kategori Goodday KidSTART 2.0 pada majlis penyampaian hadiah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak membantu dalam mengilhamkan idea ini kerana tanpa mereka saya mungkin tidak dapat membentangkan secara terperinci idea di depan para juri,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Goodday KidSTART 2.0 di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Menurut Yumi, idea untuk menghasilkan aplikasi itu timbul selepas seringkali terperangkap dalam kesesakan jalan untuk ke sekolah setiap hari.

“Aplikasi ini juga diwujudkan untuk mengalakkan pelajar menggunakan khidmat bas sekolah kerana ia mampu mengurangkan isu kesesakan jalan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Finalis Goodday KidSTART 2.0 bersama keluarga masing-masing. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Finalis Goodday KidSTART 2.0 bersama keluarga masing-masing. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Naib johan dan tempat ketiga menjadi milik Muhammad Basyeer Mohamed Ackiel, 12, dan Lim Zhi Fung, 9, masing-masing membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Manakala Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Puay Chai, Petaling Jaya membawa pulang RM10,000 selepas menjadi sekolah paling ramai menghantar penyertaan pada pertandingan berkenaan.

Goodday KidSTART 2.0 yang bermula sejak Mac lalu menerima 4,500 penyertaan dengan keseluruhan hadiah yang ditawarkan berjumlah RM60,000.

Seramai lima pemenang lain membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi menerusi kategori Rising Star, Most Innovative Idea, Best Presenter dan juga Most Sustainable Idea.

Amy Gan
Amy Gan

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, program Goodday KidSTART 2.0 merupakan salah satu usaha pihaknya mencari perintis usahawan baharu pada usia muda.

Menurutnya, ini merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan di dalam melahirkan generasi muda berdaya saing dan celik tentang ilmu mengurus kewangan.

“Tahun ini, kami amat berbesar hati mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang dapat memberi nilai tambah dalam menjadikan program ini berperistij,” katanya.

Para juri yang mengadili finalis Goodday KidSTART 2.0. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Para juri yang mengadili finalis Goodday KidSTART 2.0. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Tambahnya lagi, sokongan dan penyertaan yang ramai berbanding tahun lalu juga menjadi pendorong Etika untuk meneruskan Goodday KidSTART 3.0 tahun hadapan.

“Dalam pelaksanaan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 menunjukkan bahawa satu daripada 10 rakyat Malaysia percaya mereka tidak mempunyai disiplin untuk menguruskan kewangan mereka.

"Ini kerana hanya 30 peratus ibu bapa yang menerapkan pengetahuan kewangan kepada anak-anak mereka pada usia yang lebih muda.

Salah seorang finalis Goodday KidSTART 2.0 sedang membentangkan idenya di hadapan juri. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Salah seorang finalis Goodday KidSTART 2.0 sedang membentangkan idenya di hadapan juri. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Dalam memberi pendedahan kepada peserta, sesi webinar khas turut diadakan berkenaan model perniagaan, pemikiran reka bentuk, teknik pembentangan berkesan, penyelesaian masalah secara kreatif dan keusahawanan alam sekitar," ujarnya.,

Jelasnya, sebagai program usahawan kanak-kanak terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records, Goodday KidSTART yang pertama kali dilancarkan pada 2023 berjaya menarik 340 penyertaan dari seluruh negara.

Naib johan Goodday KidSTART 2.0, Muhammad Basyeer. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Naib johan Goodday KidSTART 2.0, Muhammad Basyeer. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

SRJK (C) Puay Chai, Petaling Jaya menjadi sekolah paling ramai menghantar penyertaan. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
SRJK (C) Puay Chai, Petaling Jaya menjadi sekolah paling ramai menghantar penyertaan. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!