Kontinjen Malaysia tambah dua lagi emas di AUG 2024

Kem bola baling cemerlang pada penampilan sulung dalam temasya AUG 2024.
Kem bola baling cemerlang pada penampilan sulung dalam temasya AUG 2024.
A
A
A

KONTINJEN negara kembali aktif menjana kilauan emas apabila menyambar dua lagi pingat utama itu dalam merealisasikan misi 35 medal tersebut dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Ahad.

Kem bola baling yang membuat penampilan sulung dalam temasya dwi tahunan melengkapkan medal tersebut pada hari kelima selepas menewaskan Singapura, 28-26 dalam perlawanan sengit yang berlangsung di Institut Teknologi Sepuluh (ITS) Nopember, Surabaya.

Skuad kendalian Muhammad Khairul Hafidzin itu mencipta sejarah tersendiri juga apabila muncul sebagai pemenang pingat emas pertama acara bola baling yang pertama diperkenalkan pada temasya Surabaya Malang 2024.

Sementara itu, Kolam Renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI), Surabaya kembali menjadi dos penggalak apabila mengangkat kudrat Low Zheng Yong sebagai watak menjelmakan emas pertama hari kempen kelima.

Low Zheng Yong (tengah) turut merangkul emas.
Low Zheng Yong (tengah) turut merangkul emas.

Penuntut Universiti UCSI tersebut mengakhiri perlumbaan 1500 meter (m) gaya bebas lelaki dengan catatan 16.40:87 saat pingat emas kedua peribadinya selepas cemerlang membantu skuad renang negara meraih pingat emas acara 4x200m lelaki.

Di Gelora Olahraga Rakyat (GOR) Futsal Universitas Negeri Surabaya (UNESA), hasrat Malaysia untuk keluar berstatus Raja Futsal AUG 2024 disekat dengan kekalahan 1-4 kepada tuan rumah Indonesia kendalian Deni Setiabudi dalam perlawanan akhir.

Anak buah Addy Shairullyzam Mohd Shafiee yang menyingkirkan bertahan Thailand 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 4-4 tidak berada pada prestasi terbaik sepenuhnya selepas tujuh pemain mengalami keracunan makanan biarpun skuad Garuda beraksi dengan empat pemain selepas kehilangan Daffa Azzurri yang dilayangkan kad merah tiga minit sebelum menuju rehat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, tujuh wakil badminton negara mara ke pentas separuh akhir AUG 2024 selepas menjinakkan lawan masing-masing di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Malang.

Skuad futsal negara merangkul pingat perak pada AUG 2024.
Skuad futsal negara merangkul pingat perak pada AUG 2024.

Pemain perseorangan lelaki Hooi Shao Herng menewaskan pemain Singapura, Lim Melcom Yang Zhi 21-16, 21-15 manakala Anson Cheong Yen Feng mengetepikan seorang lagi wakil Singapura, Eldison Fiery Mufti 21-16, 19-21, 21-9.

Perseorangan wanita negara S Navaratnarajah pula menewaskan pencabar Singapura Wu Joanna Chujia 21-8, 21-14 manakala Ung Yi Xing menjinakkan satu lagi wakil Singapura Lee Ashley She Hui 21-12, 21-14.

Beregu lelaki negara Wong Tien Ci-Liew Xin turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah tuan rumah, Wahyu Adam Putra-Hafidz Gerardo Rizqullah, 21-16, 16-21, 21-15.

No Image Caption

Turut mara beregu wanita negara, Siow Valeree Zi Xuan-Lee Xin Jie yang menewaskan gandingan tuan rumah, Mahsela Tiara-Putri Windy Aulia, 21-19, 21-17.

Gandingan beregu campuran negara Wee Yee Hern-Ng Qi Xuan melengkapkan kemaraan kem badminton negara selepas mengatasi pasangan Thailand Kanjanakeereewo Vichayapong-Korepap Chasinee 24-22, 19-21, 21-11.

INFO

AUG SURABAYA MALANG 2024

HARI KELIMA

PUNGUTAN PINGAT

2 emas | 1 perak | 3 gangsa

PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN:

13 emas | 15 perak | 22 gangsa

PINGAT EMAS

LOW ZHENG YONG

UCSI University

Akuatik Renang (1500m gaya bebas lelaki)

PASUKAN LELAKI

Bola Baling

PINGAT PERAK

PASUKAN LELAKI

Futsal

PINGAT GANGSA

NG SHIN JIAN, TERENCE

Taylor’s University

Akuatik Renang (100m gaya bebas lelaki)

LIEW ZENG WYE

Taylor’s University

Akuatik Renang (1500m gaya bebas lelaki)

TEH XING TI CHRISTY/ LEE YEN YI/ HO KEESHA/ NG ZI SYUEN

Akuatik Renang (4x100m rampaian individu wanita)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!