112 mangsa banjir di Penampang dipindahkan ke PPS

JBPM pindahkan mangsa banjir ke PPS Dewan Kebudayaan di Penampang.
JBPM pindahkan mangsa banjir ke PPS Dewan Kebudayaan di Penampang.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan seramai 112 mangsa banjir telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kebudayaan di Penampang.

Dalam maklumat yang dikemas kini Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Sabah setakat jam 6.30 pagi, kesemua mangsa melibatkan daripada 40 keluarga iaitu 54 lelaki dan 58 wanita.

Daripada jumlah itu, mangsa yang dipindahkan oleh JBPM Sabah sendiri adalah seramai 59 orang.

Kampung yang terlibat banjir bagi daerah Penampang ialah Kampung Inopok, Kampung Kolopis, Kampung Limbanak, Kampung Tuavon, Kampung Kibabaig, Kampung Penampang Proper, Kampung Sugut, Kampunh Timpoluon dan Kampung Kituau.

JBPM pindahkan mangsa banjir ke PPS Dewan Kebudayaan di Penampang.
JBPM pindahkan mangsa banjir ke PPS Dewan Kebudayaan di Penampang.

Selain itu, Kampung Pagan Sakan, Kampung Kibatu, Kampung Kasigui, Kampung Nampasan, Kampung Inobong, Kampung Sunon, Kampung Moyog, Kampung Kimoligam, Kampung Mambagon, Kampung Gong Dabak, Kampung Agut Jubili, Kampung Peropok, Kampung Dungkahang dan Kampung Kambau turut dinaiki air.

Keadaan cuaca ketika ini mendung namun paras air sungai walaupun menurun tetapi masih pada tahap waspada.

Sehubungan itu, pasukan bomba masih melakukan pemantauan di kawasan berisiko dan operasi memindahkan mangsa ke PPS masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!