MPV polis terlibat kemalangan dalam perjalanan ke lokasi pergaduhan

Anggota polis yang mengalami kecederaan kecil semasa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan-Persiaran Bestari, Shah Alam, Selangor pada Sabtu dibawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan. Foto PDRM
Anggota polis yang mengalami kecederaan kecil semasa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan-Persiaran Bestari, Shah Alam, Selangor pada Sabtu dibawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan. Foto PDRM
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kenderaan MPV polis dilanggar di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan-Persiaran Bestari, di sini pada Sabtu ketika dalam perjalanan ke lokasi kejadian pergaduhan di pusat komersial Seksyen 7.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan kenderaan MPV polis dan kereta jenis Honda City berlaku jam 8.10 malam.

Ketika kejadian, beliau berkata, kenderaan MPV polis jenis Proton Waja sedang menghala melintasi persimpangan tersebut dalam keadaan memasang siren dan 'beacon light'.

"Kenderaan MPV polis ini telah dilanggar di bahagian sisi kiri oleh Honda City yang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau.

"Kemalangan tersebut telah menyebabkan kerosakan di bahagian fender dan pintu sisi kiri rosak, serta cermin hadapan dan sisi kiri penumpang juga pecah.

"Sementara itu, Honda City mengalami kerosakan bumper, bonet, radiator serta komponen enjin," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Akibat kejadian itu, Mohd Iqbal berkata, pemandu dan penumpang MPV polis mengalami luka-luka di bahagian tangan dan muka, bengkak di dahi serta kepala.

Menurutnya, anggota terlibat telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam menggunakan ambulans, manakala pemandu Honda City tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Kata beliau, kes disiasat di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!