KPD Penampang selamatkan warga emas terperangkap dalam kenderaan
PENAMPANG - Tindakan pantas Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengeluarkan seorang warga emas terperangkap dalam kenderaan berjaya menyelamatkan wanita itu daripada ditenggelami banjir di Jalan Kasigui di sini pada pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Sammy yang dalam penugasan rondaan di kawasan banjir terlihat sebuah pacuan empat roda terbabas ke tepi jalan disebabkan banjir.
Di dalam kenderaan tersebut terdapat sepasang suami isteri warga emas dan mereka telah pun dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang, di sini.
Difahamkan, Sammy sejak malam Ahad bersama pasukannya bertungkus- lumus melakukan pemantauan dan mengetuai penugasan Op Banjir sepanjang bencana itu berlaku.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!