[VIDEO] Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan misi larian solonya selama empat hari selepas tiba di Parlimen Malaysia tepat jam 9.30 pagi pada Isnin.

Ahli Parlimen Muar itu menyambung larian pagi ini dari Stesen Transit Aliran Massa (MRT) KLCC jam 8.45 pagi bagi menamatkan larian 'Langkah Muar' sejauh 200 kilometer bermula dari Jambatan Muar pada Jumaat.

No Image Caption

Objektif utama larian itu adalah bagi menuntut peruntukan ahli Parlimen RM4 juta setahun atau RM20 juta satu penggal seperti yang diperoleh oleh ahli Parlimen kerajaan.

Sebelum ini Syed Saddiq berkata, larian itu turut diadakan bagi mengutip dana RM100,000 bagi kegunaan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Muar beroperasi membantu rakyat memerlukan.

Pada sidang akhbar pada Isnin, beliau turut memanjatkan kesyukuran apabila penat lelahnya berlari mendapat perhatian masyarakat setempat yang apabila sumbangan yang diterima keseluruhannya mencecah RM160,000.

“Pengalaman saya tidak boleh lupa bagaimana orang ramai memberikan sokongan moral siang dan malam untuk menamatkan misi ini.

Artikel Berkaitan:

Syed Saddiq bersyukur apabila penat lelahnya berlari mendapat perhatian masyarakat apabila sumbangan diterima keseluruhannya mencecah RM160,000.
Syed Saddiq bersyukur apabila penat lelahnya berlari mendapat perhatian masyarakat apabila sumbangan diterima keseluruhannya mencecah RM160,000.

“Ini betul-betul memberikan inspirasi kepada saya kerana rata-rata mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke Muar tetapi bila saya melalui jalan Melaka ke Seremban ada yang bawa makanan dan beri sumbangan," katanya.

Menurut Syed Saddiq, ada sepasang suami isteri menaiki motosikal memberi sumbangan wang tunai yang agak banyak dan mengakui sumbangan itu adalah yang termampu diberikan kepadanya.

“Saya terharu dengan mereka, saya jadi serba salah mungkin mereka sedang menghadapi keperitan hidup tersendiri dan sudah pasti selepas ini saya akan melipat gandakan usaha untuk terus berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan misi larian solonya selama empat hari selepas tiba di Parlimen Malaysia tepat jam 9.30 pagi pada Isnin.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan misi larian solonya selama empat hari selepas tiba di Parlimen Malaysia tepat jam 9.30 pagi pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya selepas melakukan larian berkenaan, Syed Saddiq mendapatkan khidmat nasihat pakar fisioterapi dan akan melakukan pemeriksaan selanjut selepas ini.

“Ini bukan kali terakhir saya akan berlari dan ia bukan sekadar untuk Muar sahaja, tetapi bersangkut paut dengan kawasan pembangkang dan hak rakyat yang dinafikan dan di mana ada kesempatan kita akan suarakan selantang yang mungkin,” ujarnya.

Syed Saddiq memulakan larian pada Jumaat bermula Jambatan Sultan Ibrahim Muar ke Telok Mas sejauh 39km dan menyambung larian pada jam 5 petang dari Telok Mas ke Alor Gajah, Melaka sejauh 34km.

Pada Sabtu Syed Saddiq menyambung larian dari Alor Gajah ke Rembau, Negeri Sembilan kira-kira 30km bermula pada jam 6.30 pagi dan menyambung larian ke Seremban, Negeri Sembilan sejauh 23.5km pada jam 5 petang.

Syed Saddiq memulakan larian pada Ahad dari Seremban ke Semenyih, Selangor sejauh 39 kilometer bermula 6.30 pagi dan menyabung larian ke Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur sejauh 20 kilometer pada jam 5 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!