Banjir Sabah: 10 sekolah di empat daerah ditutup

Keadaan di SK Kibabaig, Penampang, dinaiki air akibat banjir yang melanda daerah itu sejak petang Ahad.
Keadaan di SK Kibabaig, Penampang, dinaiki air akibat banjir yang melanda daerah itu sejak petang Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 10 sekolah rendah dan menengah dari empat daerah di negeri ini yang terjejas akibat banjir ditutup pada Isnin.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, penutupan sekolah itu melibatkan seramai 5,077 murid dan pelajar serta 307 guru bagi daerah Penampang, Papar, Sipitang dan Tuaran.

"Di daerah Penampang, sebanyak enam sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sugut, Sekolah Menengah (SM) Saint (St) Michael, SK St Theresa Inobong, SK Kibabaig, SK St Joseph dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yue Min.

"Di Papar dan Sipitang masing-masing melibatkan sebuah sekolah iaitu SK Kelatuan dan SJKC Sin Bon Sindumin manakala dua sekolah lagi di Tuaran iaitu SK Kauluan dan SJKC Chung Hwa Tenghilan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Keadaan di SK Kibabaig, Penampang, dinaiki air akibat banjir yang melanda daerah itu sejak petang Ahad.
Keadaan di SK Kibabaig, Penampang, dinaiki air akibat banjir yang melanda daerah itu sejak petang Ahad.

Katanya lagi, penutupan sekolah adalah disebabkan kawasan sekolah dinaiki air dan laluan ke sekolah tidak dapat dilalui.

"Bagaimanapun, di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ada diwujudkan kumpulan yang membantu membersihkan sekolah iaitu Pejabat Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi ini yang membantu sekolah supaya dapat beroperasi dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: