Wanita usia 37 tahun korban pertama banjir Sabah

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian selepas hanyut dibawa arus pada malam Ahad.
Mayat mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian selepas hanyut dibawa arus pada malam Ahad.
A
A
A

PENAMPANG - Wanita berusia 37 tahun menjadi korban pertama bencana banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan, mangsa ditemukan akibat lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang melintas bersama suaminya di kawasan banjir persimpangan Jalan Penampang Bypass di Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, mangsa dilaporkan hilang kira-kira jam 10 malam Ahad.

"Sebaik menerima maklumat, kita telah mengatur gerak penugasan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Bagaimanapun, air pasang dengan cepat dan arus deras menyebabkan kita terpaksa menghentikan operasi sekitar jam 11 malam," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.

Katanya lagi, operasi SAR kemudian diteruskan bermula jam 6 pagi Isnin melibatkan anggota plis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan juga pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Akhirnya mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian di mana mayat tersangkut pada celah pagar dan bunga.

Artikel Berkaitan:

"Kita percaya mangsa mati lemas ketika melintas kawasan air yang deras kerana ketika itu kemuncak air tengah pasang dan ketika kejadian paras air pada paras pinggang," katanya.

Sehubungan itu, Sammy berkata, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sammy dalam pada itu turut menasihatkan masyarakat setempat sentiasa mematuhi arahan semasa daripada pusat kawalan operasi bencana.

"Kita berharap masyarakat sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!