PUJI strategi keluar kepompong miskin tegar

Dr Zaliha hadir pada perasmian PUJI peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung di Hotel Tamu & Suites di sini.
Dr Zaliha hadir pada perasmian PUJI peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung di Hotel Tamu & Suites di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program Usaha Jaya Insan (PUJI) merupakan jalan keluar buat keluarga miskin tegar di Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, seramai 325 ketua isi rumah miskin tegar telah dikenal pasti yang mana 105 daripadanya disenarai pendek untuk mengikuti program berkenaan.

Menurutnya, peserta akan menerima latihan keusahawanan daripada Yayasan Sukarelawan Siswa yang dilantik untuk menguruskan program tersebut dari proses profiling hingga bimbingan nasihat serta motivasi.

"Ini adalah antara fokus PUJI, iaitu untuk menyediakan 'exit strategy' kepada warga Wilayah Persekutuan yang berada dalam miskin tegar.

"Saya percaya kita tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada inisiatif dan bantuan kerajaan semata-mata, tetapi perlu mengambil pendekatan lebih proaktif untuk membantu mengeluarkan diri dari belenggu kemiskinan ini melalui kaedah pendayaupayaan mengikut kapasiti yang kita ada," katanya.

Dr Zaliha (tengah) pada perasmian PUJI peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung di Hotel Tamu & Suites di sini.
Dr Zaliha (tengah) pada perasmian PUJI peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung di Hotel Tamu & Suites di sini.

Pada Ahad beliau telah hadir merasmikan PUJI peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung di Hotel Tamu & Suites di sini.

Dr Zaliha berkata, seramai 30 peserta yang berpotensi sebagai pemain Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berjaya dilahirkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Artikel Berkaitan:

"Saya difahamkan ada daripada usahawan PUJI di Labuan ini telah pun berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM 9,000 sebulan.

"Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Alhamdulillah.

"Selamat maju jaya buat semua yang terlibat. Semoga semua dapat keluar dari belenggu kemiskinan tegar dan seterusnya dapat kembali memberi manfaat kepada komuniti," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!