KSSB-DKVSB meriahkan Aidiladha 1445H

Kakitangan KSSB-DKVSB bergambar bersama-sama penduduk selepas majlis sambutan ibadah korban di Kampung Mungkai, Rembau, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Kakitangan KSSB-DKVSB bergambar bersama-sama penduduk selepas majlis sambutan ibadah korban di Kampung Mungkai, Rembau, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
A
A
A

REMBAU - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bersama anak syarikatnya, Darul Khusus Venture Sdn Bhd (DKVSB) mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti dengan memeriahkan lagi sambutan Aidiladha 1445 Hijrah di Kampung Mungkal, di sini baru-baru ini.

Sambil menyempurnakan ibadah korban dengan bergotong-royong ‘menumbangkan’ lima ekor kerbau, sambutan yang diadakan bersama Ahli Jawatankuasa Surau Kampung Mungkal itu turut melibatkan aktiviti melapah, memasak juadah serta mengagihkan daging korban kepada golongan yang memerlukan.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat KSSB, Suhaimi Khalidi berkata, sambutan Aidiladha anjuran KSSB-DKVSB pada tahun ini lebih hebat berbanding tahun sebelumnya kerana ia melibatkan penyertaan daripada komuniti setempat.

“Alhamdulillah, sambutan daripada komuniti amat memberangsangkan yang mana mereka banyak membantu menyediakan segala persiapan dari mula sehingga akhir majlis.

“Adalah menjadi hasrat kami (KSSB-DKVSB) memberikan lebih makna di sebalik sambutan Aidiladha selain penghayatan ibadah korban. Kita berkongsi rezeki serta menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Selain mengagihkan daging korban, kakitangan KSSB turut beramah mesra bersama komuniti tempatan.
Selain mengagihkan daging korban, kakitangan KSSB turut beramah mesra bersama komuniti tempatan.

“Ia (sambutan) juga merupakan manifestasi kepada tanggungjawab sosial korporat kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Suhaimi, daging korban turut diagihkan kepada para penama bahagian dan lebih 160 keluarga dari empat buah kampung sekitar seperti Kampung Mungkal, Kampung Batang Nyamor, Kampung Seberang Paya dan Kampung Jeram.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, KSSB bersama rakan niaga iaitu Hasil Perangsang Sdn Bhd (HPSB) turut menyumbang 11 ekor lembu dan lima ekor kambing untuk ibadah korban yang diadakan secara berasingan di 8 buah kampung berhampiran tapak operasi syarikat itu di Selangor.

“Majlis sambutan dan ibadah korban ini merupakan inisiatif KSSB untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah antara komuniti setempat dengan kakitangannya, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Aidiladha,” ujarnya.