Tebatan banjir atasi banjir kilat di Taman Kinrara 2

Sze Han (dua dari kiri) menunjukkan pelan tebatan banjir di Taman Kinrara 2 di sini.
Sze Han (dua dari kiri) menunjukkan pelan tebatan banjir di Taman Kinrara 2 di sini.
A
A
A

SUBANG JAYA - Projek tebatan banjir di Taman Kinrara 2 di sini dijangka menyelesaikan isu banjir kilat di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengenal pasti kawasan itu sebagai salah hotspot banjir kilat di bawah pentadbirannya.

Menurutnya, bagi mengatasi permasalahan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menyediakan peruntukan sebanyak RM250,000 bagi projek mitigasi banjir.

"Projek itu merangkumi pembinaan flood wall atau tembok tebatan banjir sepanjang 185 meter dengan ketinggian 1.2 meter.

"Projek ini dijangka siap menjelang September dan bakal memberikan kelegaan buat penduduk setempat menyelesaikan isu banjir di kawasan berkenaan," katanya menerusi kemas kini di Facebook.

Beliau terdahulu meninjau lokasi bertemu penduduk setempat mendengar masalah dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan: