UKM bantu pelajar istimewa

Doktor Nasuha (kiri) dan penggerak program Let’s Serve menyampaikan replika cek bernilai RM1,000 kepada pengetua SMK Segambut sempena majlis penutupan program.
Doktor Nasuha (kiri) dan penggerak program Let’s Serve menyampaikan replika cek bernilai RM1,000 kepada pengetua SMK Segambut sempena majlis penutupan program.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segambut merupakan perintis dalam memiliki fasiliti bilik terapi bagi para pelajar pendidikan khas di sini.

Sehubungan dengan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil menganjurkan program Let’s Serve di sekolah tersebut.

Naib Presiden program, Usha Ramakrishnan berkata, pelaksanaan program bertujuan membantu pihak sekolah menyediakan ruang terapi untuk para pelajar PPKI bagi mencapai persekitaran pembelajaran yang kondusif.

“Selain itu, untuk menyebarkan pengetahuan dan meningkatkan kesedaran berhubung bantuan diperlukan oleh para pelajar PPKI dalam kalangan masyarakat.

“Justeru, kami melakukan kolaborasi secara strategik bersama PPKI SMK Segambut dengan menyumbang dana sebanyak RM1,000 bagi program-program akan datang untuk para pelajar keperluan khas di sini,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, selain menambah baik laman 'edibel' PPKI SMK Segambut, penganjur juga melaksanakan bengkel kemahiran kepada para pelajar.

“Aktiviti telah dilakukan seperti membuat beg kertas. Ia bertujuan membantu dan mencungkil bakat kreativiti anak-anak istimewa.

“Kemahiran yang dipelajari menerusi PPKI boleh diterjemahkan selepas mereka tamat alam persekolahan dengan membina kerjaya masing-masing selain menjana pendapatan mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menerusi projek Let’s Serve, bilik terapi PPKI dinaiktaraf dengan menyediakan semua kelengkapan pembelajaran seperti ‘Platform swing’, pelbagai lampu sensori untuk bilik (snoezelan), ‘rope ladder’, 'trampoline' dan pelbagai lagi.

Dalam majlis yang sama para pelajar juga telah dibawa melawat ke laman edibel dan bilik terapi tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!