Penunggang motosikal maut dirempuh kereta cuba memotong

Video tular memaparkan insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, di sini, pada Ahad.
Video tular memaparkan insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, di sini, pada Ahad.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar sebuah kereta di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki berusia 54 tahun memandu kereta jenis Perodua Bezza itu dari arah Rawang menuju ke Ulu Yam cuba memotong kenderaan di hadapannya, kira-kira jam 6.58 petang.

"Lelaki berkenaan bagaimanapun telah melanggar dua buah motosikal dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Faizal berkata, penunggang motosikal Yamaha Lagenda 115Z berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

"Seorang lagi mangsa berusia 53 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda telah cedera dan dibawa ke zon merah Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta tersebut direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan.

"Lelaki itu mengaku ada minum sebotol minuman keras, walaubagaimanapun kita masih menunggu laporan toksikologi bagi mengesahkan tahap alkohol dalam darahnya," katanya.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan punca kematian.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!