PRK Nenggiri: Mohd Azizi hantar isyarat BN perlu menang

Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Zawawi
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Zawawi
A
A
A

KOTA BAHRU - UMNO Kelantan melihat tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim untuk tidak bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebagai isyarat supaya rakyat memilih dan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, tindakan beliau memberi laluan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN untuk bertanding di kerusi yang disandangnya itu dilihat memberikan sokongan kepada kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PRK kali ini saya harap rakyat tidak membuat perhitungan yang silap lagi, sebaliknya membuat penilaian parti mana yang mampu membela nasib mereka nanti," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan Mohd Azizi tidak akan bertanding sebagai calon bebas PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan Ogos ini.

Sebaliknya beliau akan memberi laluan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan PH-BN untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

Menurut Mohd Azizi, ia bukan soal kerusi yang dipertandingkan tetapi beliau menghormati semangat setiakawan dalam kalangan komponen parti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: