Gajah seberat 2 tan ditangkap di kebun

Perhilitan Terengganu berjaya menangkap seekor gajah jantan dianggarkan seberat 2 tan untuk dipindahkan ke habitat lebih selamat.
Perhilitan Terengganu berjaya menangkap seekor gajah jantan dianggarkan seberat 2 tan untuk dipindahkan ke habitat lebih selamat.
A
A
A

BESUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor gajah jantan di Kampung Pak Sik, di sini pada Isnin.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, mamalia seberat 2 tan itu ditangkap selepas pihaknya menerima aduan berkenaan kehadirannya pada 28 Mei lalu.

"Gajah jantan berusia sekitar 10 hingga 12 tahun itu berjaya ditangkap di kawasan kebun kelapa sawit dan pisang di Kampung Pak Sik kira-kira jam 9 pagi tadi.

Seekor gajah jantan yang ditangkap di Kampung Pak Sik.
Seekor gajah jantan yang ditangkap di Kampung Pak Sik.

"Semasa ditangkap kita dapati terdapat kesan luka lama di bahagian belakang gajah akibat tusukan gading.

"Gading kirinya turut patah dipercayai disebabkan pergaduhan dengan gajah lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Kean Seong menyatakan operasi memindahkan gajah itu ke habitat asalnya dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak Perhilitan sekiranya terdapat kehadiran haiwan liar di kawasan mereka selain tidak mengambil tindakan sendiri.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!