Akta Perikanan 1985 bakal dipinda - Mohamad Sabu

Akta Perikanan 1985 yang wujud lebih 20 tahun akan dipinda pada sesi Dewan Rakyat akan datang bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad)
Akta Perikanan 1985 yang wujud lebih 20 tahun akan dipinda pada sesi Dewan Rakyat akan datang bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad)
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Akta Perikanan 1985 yang wujud lebih 20 tahun akan dipinda pada sesi Dewan Rakyat akan datang bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tumpuan pindaan itu nanti bagi menangani isu membabitkan hal ehwal nelayan kecil dan besar, lesen serta lokasi tangkapan hasil laut.

"Kita akan pinda Akta Perikanan secara menyeluruh pada sesi Parlimen akan datang. Akta ini lama (wujud), lebih 20 tahun.

"Pindaan merangkumi hal nelayan kecil dan nelayan pukat besar, bot besar serta daerah penangkapan (hasil laut)," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai cadangan menyemak semula syarat pemberian lesen kategori nelayan kecil bagi memudahkan perolehan lesen kepada mereka.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menjelaskan, kementerian itu turut menjalankan operasi pemutihan lesen sampan yang berlangsung setiap tahun.

Pada masa sama menurut beliau, pihaknya turut meluluskan lesen sampan membabitkan 6,000 permohonan dalam tempoh 2021 hingga 2024.

"(Pemutihan) Libatkan antaranya ada nelayan meninggal dunia. Kita juga bincang dalam (mesyuarat) Kabinet baru-baru ini mengenai tekong. Tekong bot ini lagi tua lagi berpengalaman.

Artikel Berkaitan:

"Kadang-kadang umur 60 tahun kita suruh dia bersara, tetapi lagi lama di laut, lagi berpengalaman dan kita perlukan tekong seperti ini.

"Jadi lesen ini, pemutihan sedang dibuat. Akta menyeluruh akan dipinda pada mesyuarat (Parlimen) akan datang," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!