Keputusan status perkahwinan Cleopatra, Mohd Bakri 14 Ogos

Nur Fathiah (kiri) hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin, bagi permohonan status pengesahan perkahwinan dengan Mohd Bakri.
Nur Fathiah (kiri) hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin, bagi permohonan status pengesahan perkahwinan dengan Mohd Bakri.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Keputusan pengesahan sama ada berlaku perkahwinan atau sebaliknya membabitkan Cleopatra dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin, ditangguhkan ke 14 Ogos depan.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 30, berkata, mahkamah menetapkan tarikh lain.

“Sebelum ini mahkamah menetapkan keputusan diketahui hari ini, tetapi hakim memutuskan tarikh lain untuk keputusan lengkap.

“Ia berkaitan permohonan pengesahan sama wujud atau tidak perkahwinan itu,” katanya selepas ditemui di luar mahkamah, sejurus prosiding yang dibuat secara dalam kamar, di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.

Beliau berkata, anak guamnya mengulangi pendirian bahawa dia tidak pernah ke Thailand dan mahu mahkamah memberi keputusan mengikut hukum syarak.

Sementara itu, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd Bakri, 70, turut mengesahkan perkara sama, bahawa tiada pernikahan berlaku antara mereka berdua.

Nur Fathiah (kanan) hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin, bagi permohonan status pengesahan perkahwinan dengan Mohd Bakri.
Nur Fathiah (kanan) hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin, bagi permohonan status pengesahan perkahwinan dengan Mohd Bakri.

Pada 28 Oktober tahun lalu, Nur Fathiah yang juga bekas calon kerusi Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyangkal dakwaan telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Bakri.

Artikel Berkaitan:

Nur Fathiah berkata, bekas polis tertinggi itu juga bukan merupakan pengerusi kepada anak syarikat miliknya.

Sebelum itu, Nur Fathiah telah memuat naik gambar dirinya dan Bakri di Instagram ketika mereka menghadiri konsert 'Senandung Nusantara Ethnochestra oleh Erwin Gutawa dan Jay Subyakto'.

Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen malah gambar tersebut turut menerima banyak ucapan tahniah daripada orang ramai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!