Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh

Mohammad Milon (kanan) dan Kader Batcha dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin, bagi menghadapi pertuduhan kes bunuh, dua minggu lalu.
Mohammad Milon (kanan) dan Kader Batcha dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin, bagi menghadapi pertuduhan kes bunuh, dua minggu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan membunuh rakan, seorang warga Bangladesh di Jalan Travers, dua minggu lalu.

Warga Bangladesh, Mohammad Milon Miah, 36, dan warga tempatan, Kader Batcha @ Kader Oli Mohamed Shariff, 64, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyebabkan kematian Apu Chandra Barmon di Jalan Travers, Brickfields, di sini, pada jam 7.39 pagi, 16 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hamizah Hisan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 29 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan laporan forensik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: