'Peruntukan pembangkang, tunggu saya lari dahulu' - Fadillah

Fadillah melancarkan Koperasi GPMP di bangunan Parlimen pada Isnin.
Fadillah melancarkan Koperasi GPMP di bangunan Parlimen pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof enggan mengulas lanjut mengenai peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Malah Ahli Parlimen Petrajaya itu hanya berseloroh ketika ditemui media di pekarangan bangunan Parlimen.

“Tunggu saya berlari dahulu,” katanya selepas melancarkan Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad, pada Isnin.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menamatkan larian sejauh 200 kilometer (KM) 'Langkah Muar' sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

Bekas Presiden Parti Demoktratik Malaysia (Muda) itu berjaya meraih sejumlah RM160,000 dalam tempoh 48 jam misi berkenaan dilancarkan.

Sebagai rekod, Fadillah pada April lalu dilapor memaklumkan, draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan.

Sebaik sahaja draf terbabit siap, beliau memberitahu, ia akan diserahkan kepada majlis tertinggi semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk diluluskan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: