'Terpaksa tahan sakit akibat tersepit'

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan dekat Jalan Banting di kawasan industri di Kuala Langat pada Isnin.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan dekat Jalan Banting di kawasan industri di Kuala Langat pada Isnin.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih lapan minit akibat tersepit selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan dekat Jalan Banting di kawasan industri di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.43 petang.

"Seramai enam anggota dari Balai Bomba Telok Panglima Garang kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat.

Kenderaan dipandu seorang lelaki merempuh bahagian belakang sebuah lori.
Kenderaan dipandu seorang lelaki merempuh bahagian belakang sebuah lori.

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an melanggar belakang sebuah lori jenis Isuzu," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, kejadian mengakibatkan kaki mangsa tersepit di bahagian pemandu.

"Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit yang berjaya dikeluarkan pada jam 2.59 petang.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!