UNSC bincang pembinaan semula Gaza dalam sesi khas

UNSC akan mengadakan sesi khas pada Selasa bagi menangani situasi kemanusiaan di Gaza dengan memberi tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu. - Foto: UN
UNSC akan mengadakan sesi khas pada Selasa bagi menangani situasi kemanusiaan di Gaza dengan memberi tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu. - Foto: UN
A
A
A

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan sesi khas pada Selasa bagi menangani situasi kemanusiaan di Gaza, dengan tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu.

Penyelaras Kanan PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula untuk Gaza, Sigrid Kaag dijadual memberi taklimat kepada anggota UNSC, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).

Taklimat adalah melalui Resolusi 2720, yang diterima pakai pada 22 Disember 2023.

Baru-baru ini, Kaag mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken di Washington berhubung situasi di Gaza. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: