[VIDEO] Mohd Azizi mahu pertahan Gua Musang jika kerusi dikosongkan

A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengesahkan akan mempertahankan kerusi disandangnya jika Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, beliau akan bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai hasrat tersebut, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk mengekalkan kerusi itu.

“Sebelum ini sudah dua tahun saya bertungkus-lumus menggerakkan kerja di kawasan berkenaan, tarik orang muda untuk mengundi sejak 2020. Kenapa saya perlu berikan kerusi itu kepada orang lain sekiranya berlaku pilihan raya.

“Saya akan gunakan alasan ini ketika jumpa pimpinan PH-BN untuk bertanding sekali lagi,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Isnin.

Mohd Azizi
Mohd Azizi

Sementara itu ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk bertanding sekiranya perlu mengosongkan kerusi Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi berkata, perkara itu masih belum diputuskan.

Artikel Berkaitan:

“Sekiranya berlaku kekosongan kerusi, saya tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana memegang konsep saya tidak bersalah, saya dipecat oleh parti.

“Namun untuk penggunaan logo ketika bertanding, saya tidak boleh putuskan lagi kerana menunggu keputusan Speaker terlebih dahulu sebelum meminta pandangan peguam,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!