Pasangan kekasih edar dadah ditahan

Antara barangan yang dirampas termasuk sebuah kereta dan wang tunai.
Antara barangan yang dirampas termasuk sebuah kereta dan wang tunai.
A
A
A

NILAI - Polis berjaya menahan kekasih dipercayai pengedar dadah dalam serbuan Op Tapis di sebuah pangsapuri di sini, pada jam 10 malam, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, suspek merupakan bukan warganegara berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan bersama 794.65 gram dadah jenis ketamin bernilai RM83,930.

"Kedua-dua suspek dapati positif dadah jenis ketamin. Turut disita sebuah kereta Honda Accord bernilai lebih kurang RM40,000, wang tunai RM80,000, wang tunai Yuen 40,000, dua utas jam tangan jenama Rolex bernilai RM190,000.

"Keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM433,930," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman bermula 27 Jun lalu sehingga 4 Julai ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: