2,441 terima pekerjaan di Karnival Kerjaya MYFutureJobs

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 2,441 pencari kerja menerima tawaran pekerjaan di Karnival Kerjaya MYFutureJobs sempena Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2024 yang berlangsung pada 29 dan 30 Jun lalu.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memaklumkan karnival kerjaya yang dianjurkan kali ini menawarkan pelbagai peringkat jawatan bermula dari kelayakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke ijazah sarjana dengan lebih 70 peratus jawatan yang ditawarkan adalah kumpulan eksekutif.

“Lebih 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan dan industri telah ditawarkan di 60 buah majikan daripada pemain industri utama dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti perbankan, automotif, penerbangan, penjagaan kesihatan, perhotelan, kejuruteraan, teknologi maklumat dan banyak lagi.

“Antara majikan terkemuka yang menyertai karnival kerjaya kali ini adalah Bank Islam Malaysia Berhad, Proton, UMW Corporation Sdn. Bhd, UEM Edgenta Berhad, NADI Group, Institut Jantung Negara Sdn. Bhd., Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention dan Prasarana.

No Image Caption

Menurut dalam kenyataan itu, karnival kerjaya yang dianjurkan kali ini lebih menarik berikutan ia berlangsung serentak dengan Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2024 menerusi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) sekali gus membantu pencari kerja yang mengikuti pelbagai kursus latihan percuma yang disediakan untuk terus menjalani sesi temuduga terbuka bersama para majikan dalam karnival yang berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Pelbagai perkhidmatan lain turut disediakan antaranya khidmat padanan pekerjaan melalui portal pekerjaan rasmi negara MYFutureJobs, sesi kaunseling kerjaya, khidmat runding cara faedah PERKESO dan pelbagai aktiviti menarik lain bagi meningkatkan kesedaran pengunjung berkaitan kepentingan perlindungan keselamatan sosial,” jelas PERKESO.

Pencari kerja yang ingin menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Kuala Lumpur atau karnival seterusnya, boleh mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair dan bagi majikan yang ingin menawarkan pekerjaan melalui portal MYFutureJobs boleh layari www.myfuturejobs.gov.

Artikel Berkaitan:

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi PERKESO www.perkeso.gov.my atau hubungi Careline PERKESO di 1-300-22-8000 atau e-mel perkeso@perkeso.gov.my.