KPJ Healthcare umum pencapaian cemerlang TK2023

Dari kiri: Keat Chyuan, Ismail dan Ketua Pegawai Kewangan KPJ Healthcare, Mohd Khairul Izzad Mohammed Shamsudin bergambar bersama Buku Laporan Tahunan KPJ Healthcare pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 KPJ Healthcare Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dari kiri: Keat Chyuan, Ismail dan Ketua Pegawai Kewangan KPJ Healthcare, Mohd Khairul Izzad Mohammed Shamsudin bergambar bersama Buku Laporan Tahunan KPJ Healthcare pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 KPJ Healthcare Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta terbesar, KPJ Healthcare Berhad mengumumkan telah memperoleh hasil sebanyak RM3,419 juta iaitu peningkatan sebanyak 19 peratus pada tahun kewangan berakhir (TK2023).

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, kejayaan pada tahun 2023 itu sebahagiannya didorong oleh lima tonggak strategiknya iaitu pengoptimuman aset, sumber pertumbuhan baharu, pengutamaan digital, penjenamaan semula dan pengaktifan budaya - yang merupakan sebahagian daripada perjalanan transformasinya.

Menurutnya, perjalanan transformasi yang mula dilaksanakan oleh KPJ Healthcare sejak tahun lalu merupakan antara tema utama yang ditekankan dalam persidangan kali ini, selain daripada tinjauan prestasi yang kukuh dan inisiatif strategik yang diambil oleh KPJ untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023 (TK2023).

Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 KPJ Healthcare Berhad yang berlangsung Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 KPJ Healthcare Berhad yang berlangsung Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Sepanjang TK2023, KPJ Healthcare telah mencapai pelbagai pencapaian yang cukup cemerlang.

“Ini termasuk bilangan pesakit dalam yang meningkat sebanyak 19 peratus, daripada 305,051 kepada 361,987 pesakit, dan kadar penggunaan katil (BOR) yang meningkat kepada 67 peratus berbanding daripada 58 peratus pada TK2022

“Syarikat akan terus mengintegrasikan teknologi canggih dan penyelesaian digital dalam usaha berterusannya untuk meningkatkan penjagaan pesakit,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 KPJ Healthcare Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby baru-baru ini.

Jelasnya, pencapaian dan perkembangan pada TK2023 adalah hasil daripada pendekatan strategik kumpulan dan komitmen terhadap kecemerlangan operasi, yang berpadukan kepada prinsip mengutamakan pesakit.

Artikel Berkaitan:

“KPJ Healthcare akan terus berusaha untuk memajukan standard penjagaan kesihatan untuk memacu inovasi dan mengekalkan kepimpinannya dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia.

“Ini termasuk beberapa inisiatif menarik dalam perancangan, seperti penjenamaan semula dengan kumpulan yang akan datang dan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Malaysia International Healthcare Megatrends 2024, yang bakal berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahnya lagi, semasa berlangsungnya mesyuarat yang membincang isu berkenaan, para pemegang saham turut mengambil peluang untuk mengemukakan soalan kepada Ahli Lembaga Pengarah berkenaan hala tuju strategik Kumpulan, termasuk pelan masa depan dan inisiatif yang dirangka untuk memacu pertumbuhan dan inovasi.

Sementara itu, Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif KPJ Healthcare yang baru dilantik, Tan Sri Ismail Bakar mengucapkan terima kasih kepada pemegang saham yang menggariskan hala tuju strategik Kumpulan.

“KPJ telah memperkukuhkan prestasi sejajar dengan trajektori pertumbuhan landskap penjagaan kesihatan Malaysia.

Ujarnya, dengan langkah transformasi yang sedang dilaksanakan pihaknya mengharapkan peningkatan prestasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

“Pencapaian dan perkembangan pada TK2023 adalah hasil daripada pendekatan strategik Kumpulan dan komitmen terhadap kecemerlangan operasi, yang berpadukan kepada prinsip mengutamakan pesakit.

“KPJ Healthcare akan terus berusaha untuk memajukan standard penjagaan kesihatan, memacu inovasi dan mengekalkan kepimpinannya dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!