Jangan terpedaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.

Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7. - Tangkap layar TikTok
Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7. - Tangkap layar TikTok

"Sebarang akaun lain termasuk di Facebook, Instagram, TikTok atau Threads yang menggunakan nama dan gambar baginda adalah palsu,” menurut hantaran itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: