Isu Palestin: Malaysia sedia bekerjasama jika diberi mandat PBB

Anwar sewaktu panggilan telefon dengan Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto pada Isnin.
Anwar sewaktu panggilan telefon dengan Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia bersedia untuk bekerjasama apabila melibatkan isu Palestin termasuk dalam aspek penugasan pasukan pengaman bersama Indonesia sekiranya diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu panggilan telefon dengan Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto pada Isnin.

Katanya, menyentuh situasi kemanusiaan di Palestin, beliau maklumkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama.

"Selain itu, dalam perbualan kira-kira tiga minit kami juga sempat bertukar pandangan mengenai isu semasa, khususnya peranan Prabowo dalam mewakili Indonesia ke persada antarabangsa akhir-akhir ini dan visi, kolaborasi serta keamanan serantau dan sejagat.

"Saya menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia, dan kolaborasi yang boleh diperluaskan ke peringkat serantau ASEAN," katanya menerusi laman Facebook.

Beliau turut berasa syukur di atas kejayaan pembedahan yang dijalani Prabowo baru-baru ini.

"Saya turut mendoakan agar Prabowo diberikan rawatan baik dan penjagaan rapi sepanjang tempoh pemulihan selain diberikan kesembuhan segera untuk bingkas kembali melaksanakan tanggungjawab diamanahkan," jelasnya.

Di akhir perbualan, Anwar berharap pilihan raya Indonesia yang bakal berakhir dengan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) pada 27 November 2024 berlangsung dengan baik dan dipermudahkan.

Artikel Berkaitan:

"Moga segala persediaan untuk pelantikan Prabowo sebagai Presiden pada 20 Oktober 2024 akan berjalan dengan lancar," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!