Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM

Anwar (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 5 Tahun 2024 pada Isnin. - Foto: FB Anwar Ibrahim
Anwar (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 5 Tahun 2024 pada Isnin. - Foto: FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sehubungan itu, kerangka, insentif dan pembangunan infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan penting untuk disahut dengan pelaburan sektor swasta sebagai pemain utama dalam merencana produk pelancongan serta penyediaan sumber tenaga berkualiti.

Perkara itu antara inti pati Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 5 Tahun 2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini dengan tumpuan dan perbincangan secara mendalam berhubung sektor pelancongan serta pengangkutan awam.

"Turut disentuh, aspek peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada termasuk dengan menambah baik kualiti kemudahan perhubungan ke stesen-stesen pengangkutan rel bandar.

"Saya percaya, penambahbaikan ekosistem pengangkutan awam negara perlu diselarikan antara lain dengan pemahaman yang diikuti dengan langkah-langkah pembetulan ke atas kekurangan semasa,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!