Bersosial ala zaman dulu-dulu

Karnival Rakyat Karangkraf yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 Julai ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat daripada peringkat kanak-kanak, remaja sehinggalah orang dewasa.
Karnival Rakyat Karangkraf yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 Julai ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat daripada peringkat kanak-kanak, remaja sehinggalah orang dewasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Karnival Rakyat Karangkraf membawakan lebih 60 pertandingan dan aktiviti tradisional menarik yang boleh disertai oleh masyarakat pelbagai lapisan umur tidak kira sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Pengarah projeknya, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, karnival itu diadakan sempena ulang tahun Sinar Harian ke-18 yang mahukan nostalgia dahulu kala diperkenalkan semula kepada generasi muda hari ini.

“Kita mahu mendedahkan kepada generasi muda tentang cara bersosial pada zaman dahulu ketika kita belum didedahkan dengan teknologi, internet, media sosial dan sebagainya. Kita bukan mahu menidakkan teknologi, sebaliknya mahu menyeimbangkan keperluan bersosial.

“Karnival ini dilakukan secara besar-besaran dengan lebih 60 pertandingan dan permainan tradisional yang boleh disertai oleh semua golongan. Kita mahu semua peringkat umur merasai keseronokan acara ini,” katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu pertandingan terdiri daripada dua kategori iaitu sekolah yang menampilkan aktiviti seperti tating lawi, tuju tin, dikir barat, sajak dan bercerita manakala bagi kategori orang awam pula aktiviti yang disediakan termasuk busana tradisional cilik, pertunjukan motor klasik, pakaian tercantik Tomkraf serta sukaneka kampung.

Tambah Nik Justin, aktiviti menarik lain yang turut disediakan ialah SinarPlus MakanFest, Fiesta Kucing Tomkraf, Jualan Rahmah, pertunjukan seni persembahan, permainan tradisional dan sukan kampung, rumah hantu, hari kantin sekolah Sinar Bestari serta demonstrasi badan unit beruniform.

Tuju tin ialah antara sukan rakyat yang akan dimainkan pada Karnival Rakyat Karangkraf nanti.
Tuju tin ialah antara sukan rakyat yang akan dimainkan pada Karnival Rakyat Karangkraf nanti.

“Kita cuba untuk dekati pelbagai kumpulan dengan menyediakan bermacam-macam aktiviti. Sebagai contoh, kita adakan Fiesta Kucing Tomkraf khusus untuk peminat kucing dan mereka yang ada memelihara haiwan.

Artikel Berkaitan:

“Selama tiga hari karnival ini berlangsung, kita juga ada klinik veterinar bergerak. Mereka yang ada haiwan peliharaan boleh ambil peluang ini untuk membuat pemeriksaan haiwan peliharaan masing-masing,” ujarnya.

50 RERUAI

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Karnival Rakyat Karangkraf turut membawakan lebih 50 reruai yang bakal menampilkan keistimewaan tersendiri.

Katanya, setiap reruai akan mengadakan aktiviti dan pertandingan tersendiri dan ia boleh disertai oleh pengunjung sepanjang tiga hari acara berlangsung.

“Saya jamin karnival ini tidak akan membosankan sebaliknya membangkitkan adrenalina orang ramai untuk menyertainya kerana setiap reruai menyediakan aktiviti dan hadiah menarik.

“Tidak dilupakan buat pasangan yang sudah berkahwin, kita juga ada aktiviti menarik buat mereka iaitu Couple Bikin Romantis pada hari kedua karnival iaitu 27 Julai,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menyertai acara cabutan bertuah.

Jelas beliau, syarat penyertaan begitu mudah iaitu dengan mendaftar kehadiran di reruai pendaftaran sebelum memasuki tapak karnival.

“Setiap hari, kita ada dua ruang waktu yang disediakan bagi mengumumkan 20 orang pengunjung yang bertuah untuk memenangi cabutan bertuah dan pada hari terakhir kita ada kejutan hadiah utama.

“Hadiah-hadiah menarik yang saya maksudkan adalah tiket taman tema, motosikal, barangan eksklusif Sinar Harian, Tomkraf, Grup Buku Karangkraf dan lain-lain.

“Saya harap semua dapat menandakan kalendar masing-masing pada tarikh 26 hingga 28 Julai ini untuk hadir ke karnival ini,” katanya.

Menurutnya, jika ada sebarang persoalan dan maklumat lanjut mengenai karnival itu boleh layari https://www.sinarharian.com.my/karnival-rakyat-karangkraf dan mengikuti laman sosial Sinar Harian untuk perkembangan terkini.

Karnival ini diadakan sempena ulang tahun Sinar Harian ke-18 yang mahukan nostalgia dahulu kala diperkenalkan semula kepada generasi muda hari ini.
Karnival ini diadakan sempena ulang tahun Sinar Harian ke-18 yang mahukan nostalgia dahulu kala diperkenalkan semula kepada generasi muda hari ini.

-- Antara aktiviti menarik di Karnival Rakyat Karangkraf

1. Fiesta Kucing Tomkraf

2. Jualan Rahmah

3. Pertunjukan seni persembahan

4. Permainan tradisional

5. Sukan kampung

6. Rumah hantu

7. Hari kantin sekolah Sinar Bestari

8. Demonstrasi badan unit beruniform

9. Cabutan bertuah

10. Couple Bikin Romantis

11. Jualan Buku Karangkraf

12. SinarPlus Makan Fest

13. Pameran dan jualan rakyat

14. Busking Rock Kapak

15. SinarPlus Mencari Siti

16. Pakaian Kucing Tercantik Tomkraf

17. Riuh Rewang

18. Motosikal Siput

19. Motoshow Klasik dan Retro

20. Busana Tradisional Cilik

21. Melukis poster

22. Pertandingan bercerita

23. Pertandingan bersyair

24. Pertandingan bersajak

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!