Tepuk punggung biri-biri boleh hilang stres

Kambing biri-biri yang dijual di sebuah pasar di di Xinjiang sering dikunjungi golongan muda selepas trend menepuk punggung haiwan ternakan tular di media sosial di China. Foto Agensi
Kambing biri-biri yang dijual di sebuah pasar di di Xinjiang sering dikunjungi golongan muda selepas trend menepuk punggung haiwan ternakan tular di media sosial di China. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Satu trend pelik muncul di China apabila ramai remaja di sana percaya menepuk punggung kambing dapat menghilangkan tekanan atau stres.

South China Morning Post melaporkan, sebuah pasar di Xinjiang dilaporkan sesak dengan remaja di mana mereka dikatakan mencari penjual biri-biri dan meminta kebenaran pemiliknya untuk menepuk punggung haiwan ternakan itu.

Seorang remaja berkongsi di platform media sosial Xiaohongshu mendakwa bahawa punggung biri-biri yang lembut dan melenting apabila disentuh boleh mendatangkan 'ketagihan'.

Dalam video itu, seorang remaja dilihat menepuk punggung biri-biri dan berkata ia dapat melegakan tekanan yang dihadapinya selama ini.

Bagaimanapun terdapat kebimbangan bahawa kaedah menepuk haiwan itu mungkin mendatangkan bahaya apabila najis di punggungnya akan melekat kepada mereka yang menyentuhnya.

Trend itu mencetuskan perbincangan hangat dalam media sosial di China di mana segelintir daripada mereka 'kasihan' dengan biri-biri yang menjadi mangsa penganiayaan manusia.

"Saya kasihan dengan biri-biri itu, jika boleh bercakap mereka mungkin akan melarang menganggu mereka.

"Saya berharap pengembala tempatan dalam melaksanakan peraturannya seperti mengehadkan bilangan orang ramai yang menyentuh biri-biri itu," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Seorang pakar memberitahu portal berita Post bahawa terdapat kesan negatif di sebalik peningkatan trend tersebut.

"Golongan muda cuba melepaskan diri daripada kekangan kehidupan seharian melalui cara yang tidak konvensional.

“Bagaimanapun, mengikuti trend secara membuta tuli adalah tidak digalakkan. Tingkah laku ini seperti menghormati haiwan dan orang ramai harus mencari hiburan lain yang munasabah,” tambahnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!