Skuad renang tambah emas di Surabaya

Zheng Yong dan Zeng Wye bersama pingat masing-masing.
Zheng Yong dan Zeng Wye bersama pingat masing-masing.
A
A
A

SKUAD renang negara melabuh kempen pemburuan pingat hari keenam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 di Kolam Renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI), Surabaya dengan mengutip satu emas, satu perak dan tiga gangsa pada Isnin.

Sebagai rekod, skuad renang menamatkan saingan dengan sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa selepas enam hari perenang negara bertarung di Surabaya.

Perenang sensasi, Low Zheng Yong (USCI University) membutirkan pingat emas kontinjen negara menerusi acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 2.08.48 saat (s) manakala perak menjadi milik rakan senegara dari Taylors University, Liew Zeng Wye (21.10.23s).

Sementara itu, Bryan Leong Xin Ren menyambar pingat gangsa acara 50 meter (m) gaya bebas lelaki dengan catatan 23.50 saat (s), manakala perak milik Joe Aditya Wijaya Kurniawan dari Indonesia diikuti emas milik wakil Thailand, Kanteemool Tonnam.

Perenang wanita, Georgene Wee Ee Jern dari Sunway University juga tidak ketinggalan menjanakan pingat gangsa dalam acara 200m kuak kupu-kupu wanita dengan catatan 22.23.96s untuk berada di belakang dua wakil Indonesia, Azzahra Permatahani (2.18.78s) dan Adinda Larasati Dewi Kirana (2.18.53s)

Skuad renang 4x100m berganti-ganti rampaian lelaki yang mempertaruhkan gandingan Shin Jian Terence, Hii Puong Wei, Bryan dan Jayden Tan Tan Khai merangkul pingat gangsa dengan catatan masa 3.53.01s.

Perak milik gandingan Thailand, Kanteemool Tonnam, Janruksa Thanonchai, Rutnosot Gearchai, Panturaksa Wasu (3.48.43s) manakala emas diungguli wakil Indonesia, Farrel Armando Tangkas, Andi Muhammad Nurirzki, Joe Aditya Wijaya Kurniawan, Erick Ahmad Fathoni (3.47.12s).

INFO

Artikel Berkaitan:

AUG SURABAYA MALANG 2024

HARI KEENAM

PUNGUTAN PINGAT

1 emas | 2 perak | 6 gangsa

PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN

14 emas | 17 perak | 28 gangsa

Pingat Emas

LOW ZHENG YONG

UCSI University

Akuatik Renang (200m kuak kupu-kupu lelaki)

Pingat Perak

LIEW ZENG WYE

Taylor’s University

Akuatik Renang (200m kuak kupu-kupu lelaki)

LYE LIK ZANG/ MUKHRIEZ SHAH MAHMOOD SHAH/ MUHAMMAD HAFIZUDDIN ZULKIPLI/ FAHMAN ARASY AYUB

Catur (Standard-Berpasukan Lelaki)

Pingat gangsa

BRYAN LEONG XIN RIN

King’s College London

Akuatik Renang (50m gaya bebas lelaki)

GEORGENE WEE JEE ERN

Sunway University

Akuatik Renang (200m kuak kupu-kupu wanita)

NG SHIN JIAN, TERENCE/ HII PUONG WEI/ BRYAN LEONG XIN RIN/ TAN KHAI XIN

Akuatik Renang (4x100 berganti-ganti rampaian lelaki)

PUTERI MUNAJJAH AZ-ZAHRAA AZHAR

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Catur (Standard-Perseorangan Wanita)

PUTERI MUNAJJAH AZ-ZAHRAA AZHAR/ CHUA JIA-TIEN/ NITHYALAKSHMI SIVANESAN/ PUTERI RIFQAH FAHADA AZHAR

Catur (Standard Berpasukan Wanita)

LYE LIK ZANG

Sunway University

Catur (Standard Perseorangan Lelaki)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!