Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada keluarga Syed Husin

Allahyarham Syed Husin
Allahyarham Syed Husin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Dewan Negara, Dr Syed Husin Ali yang meninggal dunia pada Sabtu lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menzahirkan ucapan itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pagi ini.

Johari berkata, Syed Husin, 88, pernah menjadi Ahli Dewan Negara dari 2009 hingga 2015.

"Allahyarham terkenal sebagai seorang tokoh politik yang gigih memperjuangkan isu keadilan sosial dan tokoh akademik terkemuka, perintis bidang sosiologi di negara ini dan merupakan antara pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Kita berdoa semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh serta beriman. Kepada yang beragama Islam, saya meminta kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Dr Syed Husin Ali, manakala kepada yang bukan beragama Islam, diminta bertafakur selama seminit," katanya.

Syed Husin yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR meninggal dunia di Hospital Selayang. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: