[VIDEO] BN-PH Machang buat laporan polis ke atas Wan Ahmad Fayhsal

A
A
A

MACHANG - Parti gabungan Kerajaan Perpaduan di sini membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dipercayai menuduh peruntukannya telah dilencongkan kepada parti-parti politik Kerajaan Perpaduan di kawasan ini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang pada Selasa yang turut disertai oleh Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan, Keselamatan Penduduk Persekutuan (JPKKP) Parlimen Machang.

Naib Ketua UMNO Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Ismail berkata, tindakan tersebut dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap tuduhan berbentuk fitnah yang dilemparkan oleh Wan Ahmad Fayhsal itu menerusi plaftrom Sinar Harian live semasa menyambut ketibaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempena 'Langkah Muar' di Kuala Lumpur pada Isnin.

Mohd Fakaaruddin (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Wan Ahmad Fayhsal di IPD Machang pada Selasa.
Mohd Fakaaruddin (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Wan Ahmad Fayhsal di IPD Machang pada Selasa.

"Beliau (Ahmad Fayhsal) turut mendakwa peruntukan tersebut disalurkan menerusi JPKKP. Bagi kami ini satu fitnah yang berniat jahat.

"Jadi kami menafikan fitnah tersebut dan tidak menerima sebarang peruntukan sebagaimana didakwa," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan polis di IPD Machang.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang pada Selasa yang turut disertai oleh Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan, Keselamatan Penduduk Persekutuan (JPKKP) Parlimen Machang.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang pada Selasa yang turut disertai oleh Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan, Keselamatan Penduduk Persekutuan (JPKKP) Parlimen Machang.

Menurut beliau, laporan tersebut turut bertujuan membolehkan pihaknya mengambil tindakan saman ke atas Ahli Parlimen Machang itu.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, sebagai Ahli Parlimen, beliau tidak patut melemparkan fitnah sebaliknya perlu menyemak terlebih dahulu fakta sebelum membuat sebarang kenyataan.

Mohd Fakaaruddin memberitahu, tindakan Ahmad Fayhsal seolah-olah mencerminkan beliau suka menabur fitnah selain suka berdusta.

"Sejujurnya, tiada mana-mana parti gabungan baik UMNO, Amanah (Parti Amanah Negara) dan PKR Machang menerima peruntukan sebagaimana yang didakwa," katanya.