Tuah tidak memihak Belgium - Tedesco
DOMENICO Tedesco mengakui tuah tidak memihak Belgium akibat gol sendiri Jan Vertonghen pada lewat aksi menamatkan perjuangan mereka sekali gus menghantar Perancis ke suku akhir Euro 2024.
Vertonghen tertampan masuk percubaan Randal Kolo Muani ke dalam gawang sendiri ketika saingan di Duesseldorf itu berbaki lima minit untuk ditamatkan.
“Sejam selepas aksi dan sesudah melepaskan gol pada minit ke-85 terlalu sukar bagi saya untuk membuat analisis.
“Anda tidak boleh katakan kami bertuah pada kejohanan ini jika anda lihat perlawanan pertama dan cara kami melepaskan gol malam ini,” katanya.
Dalam aksi itu, Belgium dilihat lebih banyak bertahan selain mempersiakan beberapa peluang sebelum tuah menyebelahi Perancis menuju wisel penamat.
Corak persembahan Belgium sejak saingan peringkat Kumpulan E dikritik peminat sebagai tidak berani termasuk ketika seri tanpa jaringan dengan Ukraine.
Tedesco sebaliknya menyangkal tuduhan tersebut selepas mengalami nasib malang - tersingkir daripada Euro.
“Saya fikir (menentang) Slovakia ya (kami berani). Anda lihat Slovakia lawan England, kami menekan mereka dan kami mempunyai banyak peluang, sama seperti menentang Romania.
“Seri (tanpa jaringan) dengan Ukraine, semakin lama permainan seperti ini ada di dalam kepala pemain kerana andai anda bolos satu gol, anda tersingkir daripada kejohanan. Malam ini (Selasa) menentang Perancis dan kami juga ada cipta peluang,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!