Puluhan cedera dalam insiden gelora udara penerbangan Air Europa

Foto keadaan dalam pesawat selepas kejadian itu yang dikongsi pengguna aplikasi X.
Foto keadaan dalam pesawat selepas kejadian itu yang dikongsi pengguna aplikasi X.
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 30 penumpang cedera dalam insiden gelora udara semasa penerbangan dari Sepanyol ke Uruguay pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Air Europa.

Menurut hantaran syarikat penerbangan itu di platform media sosial X, pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di sebuah lapangan terbang di Brazil.

Penerbangan itu, yang dalam perjalanan dari Madrid ke Montevideo, membawa 325 penumpang.

Laman berita G1 melaporkan beberapa penumpang mengalami patah tulang dan yang lain terhantuk kepala semasa turbulensi.

Pada Mei lepas, seorang maut dan lebih 30 lagi cedera dalam insiden gelora udara teruk semasa penerbangan Singapore Airlines dari London ke Singapura. - Bernama-dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!