Siasatan penyebaran gambar mayat didakwa Zayn Rayyan di bawah Akta Rahsia Rasmi

Siasatan berkaitan penyebaran gambar penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Siasatan berkaitan penyebaran gambar penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan kecederaan pada mayat didakwa Zayn Rayyan Abdul Matiin dijalankan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum ini menerima satu laporan berkaitan penyebaran gambar berkenaan yang dibuat oleh pegawai penyiasat kes.

"Siasatan berkaitan penyebaran gambar ini akan diteruskan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Selasa.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan polis menyiasat penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan.

Tegas Hussein perbuatan berkongsi kandungan itu bukan sahaja mengganggu siasatan tetapi juga proses pendakwaan di mahkamah.

Jelas beliau, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana individu didapati berkongsi kandungan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan dibuat oleh pegawai kanan polis pada jam 12.15 tengah hari Ahad.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan kenyataan yang tular, dipercayai gambar terbabit ketika prosedur proses bedah siasat.

Gambar berkenaan dimuat naik di aplikasi Telegram sejak malam Sabtu.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari sebelum polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Berikutan itu, pada 31 Mei lalu, polis mengesahkan penahanan ibu bapa Zayn Rayyan sebelum dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada 12 Jun di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak berkenaan di aplikasi yang sama.

Pada 14 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat penyebaran kertas siasatan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di aplikasi Telegram.

@sinarharianonline

Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Bunuh #KanakKanak #Budak #Autisme #ZaynRayyan #Polis #BukitAman #Gambar

News - AShamaluevMusic

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!