Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul RM66,252.02 setakat jam 11 pagi

Info grafik kutipan terkini disediakan di laman Facebook MSNS.
Info grafik kutipan terkini disediakan di laman Facebook MSNS.
A
A
A

MENTERI Besar, Datuk Seri Amirudin Shari akan menyerahkan kutipan Tabung Solidariti Bersama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini pada Rabu.

Tabung solidariti itu sebelum ini dilancarkan kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bermula 26 Jun lalu dan kutipan menerusi tabung berkenaan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam pada Selasa.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi memaklumkan, jumlah sumbangan diterima untuk Tabung Solidariti Bersama Selangor FC setakat jam 11 pagi pada Selasa adalah RM66,252.02.

Mohd Najwan Halimi
Mohd Najwan Halimi

"Terima kasih kepada semua penyumbang dari seluruh negara yang telah menzahirkan sokongan dan solidariti kepada pasukan Selangor FC.

"Tabung solidariti ini akan ditutup pada jam 11.59 malam ini dan serahan sumbangan kepada pihak Selangor FC akan disempurnakan pada 3 Julai oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, kepada yang masih berhasrat untuk menyumbang RM1 sebagai tanda solidariti kepada pasukan Selangor FC, boleh scan kod QR yang dipaparkan dalam info grafik disediakan di laman Facebook MSNS.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: