Siasatan nahas pesawat padam kebakaran terhempas bermula

Dari kiri: Ian H. McBeth, Paul Clyde Hudson dan Rick A. DeMorgan Jr terkorban ketika misi membantu memadam kebakaran di Australia.
Dari kiri: Ian H. McBeth, Paul Clyde Hudson dan Rick A. DeMorgan Jr terkorban ketika misi membantu memadam kebakaran di Australia.
A
A
A

SYDNEY - Anggota bomba di Australia hari ini mendiamkan diri selama seminit sebagai penghormatan untuk tiga rakan sekerja mereka yang terbunuh akibat pesawat terhempas ketika membantu usaha memadam kebakaran di negara itu.

Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi punca pesawat itu terhempas.

"Kami akan bekerjasama dengan Biro Meteorologi Australia untuk melihat suhu, arah angin dan kesan yang mungkin terdapat pada pesawat.

"Kami tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan tentang masalah sistem. Beberapa orang saksi nahas juga akan disoal siasat," katanya memberitahu pesawat C-130 itu diberi kontrak oleh sebuah firma dari Kanada, Coulson Aviation.

Sementara itu, tiga anggota warga Amerika Syarikat (AS) yang terkorban dikenal pasti sebagai Kapten Ian H. McBeth, 44, Pegawai Pertama Paul Clyde Hudson, 42, dan Jurutera Penerbangan Rick A. DeMorgan Jr, 43.

Semalam, C-130 Hercules terputus hubungan ketika menjalankan operasi di kawasan Snowy Monaro pada 1.30 tengah hari (waktu tempatan). - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut pesawat pemadam kebakaran terhempas di Australia

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!