Agong terima menghadap Rafizi, Mohd Uzir

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Rafizi dan Mohd Uzir di Istana Negara pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Rafizi dan Mohd Uzir di Istana Negara pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin di Istana Negara pada Selasa.

Menerusi perkongsian dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pada sesi mengadap itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Pada sesi mengadap itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pada 4 Mac lepas, DOSM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 1.3 juta pengusaha pertanian akan dilibatkan dalam bancian yang meliputi fasa pertama bermula 13 Februari hingga 31 Mac dan fasa kedua pada 7 Julai hingga 10 Oktober. Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: