Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda

Keadaan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Besar di Kluang. Foto tular
Keadaan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Besar di Kluang. Foto tular
A
A
A

KLUANG - Dua maut selepas motosikal ditunggangi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan di Jalan Besar Kluang, di sini pada kira-kira jam 3 pagi, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penunggang motorsikal yang maut dikenali sebagai Ahmad Firdhous Sulaiman, 31 dan pembonceng, Nurul Syafika Atira Zakaria, 25.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha MT-09 berkenaan datang dari arah Jalan Besar menuju ke Bulatan Batu Pahat.

"Sebaik tiba di tempat kejadian motosikal jenis Yamaha MT-09 dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan.

"Akibatnya pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Manakala penunggang meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati, motosikal berkenaan adalah milik rakan penunggang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: