Dua maut keracunan: 22 individu direkod keterangan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, dua maut akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di Gombak. (Hussein)
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, dua maut akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di Gombak. (Hussein)
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 22 individu direkod keterangan setakat ini bagi siasatan lanjut berkaitan keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di Gombak Jun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses berkenaan dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Setakat ini seramai 22 individu yang terdiri daripada pelbagai pihak telah kita rakam keterangan.

"Selepas siasatan dilengkapkan ia akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis telah memanggil beberapa pihak antaranya pengusaha katering, guru dan penganjur program sebuah sekolah bagi siasatan kes berkenaan.

Sebelum itu, Sinar Harian turut melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pihak perkhidmatan makanan menghentikan bekalan yang disyaki menjadi punca keracunan makanan pada program sekolah terbabit.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan pelajar Tingkatan Lima maut dipercayai akibat keracunan selepas memakan bihun dan telur goreng yang dibawa pulang daripada sebuah sekolah di Gombak, Jun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: