Bantu sembunyi wang RM100,000, penghantar barang dijel empat bulan

Seorang penghantar barang dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang RM100,000, dua bulan lepas. Gambar hiasan
Seorang penghantar barang dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang RM100,000, dua bulan lepas. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhi seorang penghantar barang hukuman penjara empat bulan, selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang warga emas berjumlah RM100,000, dua bulan lepas.

Hakim Azrul Darus memerintahkan hukuman ke atas Cheng Yen Bee, 39, bermula dari tarikh tangkap, iaitu semalam (1 Julai).

Yen Bee didakwa membantu menyembunyikan wang RM100,000 milik Gurdev Kaur, 74, yang dimasukkan ke akaun bank didaftarkan atas nama tertuduh di sebuah premis di Taman Tun Dr Ismail, Brickfields di sini antara 30 April dan 1 Mei 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haniff Ahijman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun Yen Bee yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda minimum atas alasan menyara lima anak dan suami yang merupakan orang kurang upaya (OKU). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!