Kekalkan ramuan rahsia, resepi cendol enak sejak 1977

Isi cendol dihasilkan sendiri oleh keluarga selain santan segar dan penggunaan kacang merah menjadikan pencuci mulut itu cukup rasa lemak manis.
Isi cendol dihasilkan sendiri oleh keluarga selain santan segar dan penggunaan kacang merah menjadikan pencuci mulut itu cukup rasa lemak manis.
A
A
A

SUNGAI BAKAP - Mengekalkan ramuan rahsia dalam penghasilkan cendol sejak 47 tahun lalu, menjadikan pencuci mulut itu bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk Sungai Bakap malah tumpuan pengunjung luar.

Peniaga, Amir Shah, 48, menjelaskan, mengambil alih perniagaan tersebut sejak 30 tahun lalu dari arwah bapanya, Ali Mohamad Abdul Hamid yang mengasaskan Cendol Ali.

Terletak di tepi jalan besar Sungai Bakap dan berhadapan dengan tapak lama Masjid Sungai Bakap, membolehkan ia mudah dikunjungi.

Amir hanya menyediakan kerusi untuk pelanggan menikmati cendoi secara santai.
Amir hanya menyediakan kerusi untuk pelanggan menikmati cendoi secara santai.

Berkonsepkan santai dengan hanya menyediakan kerusi untuk pelanggan yang singgah semata-mata mahu menikmati semangkuk cendol dengan rasa cukup lemak manis gabungan santan dan kacang merah, dijual dengan harga RM3 (biasa) dan RM3.50 (pulut).

"Arwah bapa memulakan perniagaan pada 1977 dengan hanya menggunakan gerai roda tiga dan sehingga kini, saya masih menggunakan konsep yang sama.

Cendol Ali dijual sejak 1977 di Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Cendol Ali dijual sejak 1977 di Sungai Bakap, Pulau Pinang.



Cendol Ali menjadi pilihan penduduk Sungai Bakap dan pengunjung luar.
Cendol Ali menjadi pilihan penduduk Sungai Bakap dan pengunjung luar.

Artikel Berkaitan:

“Cendol ini dibuat segar setiap hari menggunakan tepung beras. Setiap pagi sebelum Subuh, saya dan keluarga akan memproses cendol di rumah sebab gerai kami dibuka jam 11 pagi sehingga 4 petang,”katanya yang menggunakan kira-kira 10 kilogram santan segar setiap hari selain mengamalkan selawat sepanjang proses pembuatan.

Menurut Amir, dalam sehari dia mampu menjual lebih 200 mangkuk cendol dengan dibantu anak-anak lelaki.

“Mereka masih belajar lagi selok-belok pembuatan cendol dan ketika ini mereka bantu saya bungkus.

"Saya belum beri kepercayaan sepenuhnya lagi kepada mereka untuk cedok cendol, sebab nak kekalkan rasa sukatan mesti betul dan air tangan itu pun, lain orang buat lain rasanya walaupun bahan sama digunakan,"katanya.

Amir menitikberatkan sukatan ramuan yang betul bagi mengekalkan keaslian rasa lemak manis Cendol Ali.
Amir menitikberatkan sukatan ramuan yang betul bagi mengekalkan keaslian rasa lemak manis Cendol Ali.

Jelasnya, bila sampai masanya, Amir akan menyerahkan perniagaan tersebut kepada anak-anak yang merupakan generasi ketiga Cendol Ali bagi meneruskan legasi perniagaan keluarga tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!