Nur Hana Mariam ditinggal ibu kandung sejak 2016

Nur Hana Mariam
Nur Hana Mariam
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan kepada pasangan suami isteri sejak lapan tahun lalu.

Pegawai Pelindungnya, Rohaidah Yasin berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai, Nur Hana Mariam berusia lapan tahun ditinggalkan ibu kandungnya tanpa sebarang khabar berita.

Menurutnya, ibu kandung kanak-kanak itu dikenali sebagai Riyani Pujiasmara merupakan warga Indonesia.

"Usaha pencarian ibu kandung kanak-kanak itu buntu kerana sehingga kini, wanita itu gagal dikesan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Rohaidah memberitahu, kanak-kanak itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati kanak-kanak tergolong dalam kategori kanak–kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan di bawah

Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) kerana telah diabaikan oleh ibu kandung.

Tambahnya, kes kanak-kanak itu telah dibawa ke Mahkamah bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 13 Jun lalu dan ditempatkan sementara di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai (OYLS) mengikut Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) bagi pihak kami menjalankan siasatan serta mengesan ibu kandung atau waris kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai, waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak itu boleh menghubungi Pegawai Pelindung di talian 03-56343095 atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya bagi membincangkan hal penempatan, pemeliharaan dan penjagaan kanak-kanak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!