Sebuah sekolah menengah di Kota Bharu 'diserang' demam kepialu

Sebuah sekolah menengah di Kota Bharu gempar apabila guru dan pelajarnya silih berganti diserang penyakit demam kepialu sejak minggu lalu dan mereka kini sedang menerima rawatan di Hospital Tumpat. Tangkap layar mesej diaplikasi WhatsApp yang memaklumkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu diserang penyakit berkenaan. Gambar kecil: Dr Zaini
Sebuah sekolah menengah di Kota Bharu gempar apabila guru dan pelajarnya silih berganti diserang penyakit demam kepialu sejak minggu lalu dan mereka kini sedang menerima rawatan di Hospital Tumpat. Tangkap layar mesej diaplikasi WhatsApp yang memaklumkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu diserang penyakit berkenaan. Gambar kecil: Dr Zaini
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah sekolah menengah di sini gempar apabila guru dan pelajarnya silih berganti diserang penyakit demam kepialu sejak minggu lalu.

Seorang ibu kepada pelajar di sekolah berkenaan yang enggan di kenali berkata, penyakit mula dikesan dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha lalu.

"Sebelum ini ada beberapa pelajar asrama telah terkena jangkitan tersebut.

"Saya ingatkan ia tidak melarat, namun situasi itu menjadi bertambah parah apabila ramai pelajar harian yang sudah terkena demam itu termasuk guru," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurutnya, guru dan pelajar yang terkena jangkitan telah dirujuk ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kesemua pelajar serta guru di sekolah terbabit akan menjalani ujian darah pada Rabu untuk mengesan penyakit berkenaan.

Sementara itu, seorang bapa yang enggan dikenali berkata, dia berharap pihak sekolah mengambil serius perkara itu dengan membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) untuk tindakan susulan.

Tambahnya, dia bimbang jika masalah itu gagal dibendung dengan baik berkemungkinan besar ia boleh memberikan kesan tidak baik kepada pelajar.

"Sebelum ini lebih 20 pelajar terlibat dengan kes keracunan makanan sekitar April lalu. Jadi kali ini saya harap pihak sekolah mengambil langkah drastik dengan melakukan sesuatu agar demam kepialu tidak berulang pada masa hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, satu mesej diaplikasi WhatsApp yang memaklumkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu diserang penyakit berkenaan.

Sementara itu, Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

"Pejabat Kesihatan Kota Bharu sedang menjalankan kerja-kerja pengawalan, pengesanan dan rawatan berkait kes berkenaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!