Premis besi buruk beli kabel curi diserbu

Antara kabel yang dipercayai dicuri dijual kepada premis besi buruk terbabit dibongkar menerusi serbuan dijalankan.
Antara kabel yang dipercayai dicuri dijual kepada premis besi buruk terbabit dibongkar menerusi serbuan dijalankan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kegiatan sebuah premis besi buruk yang dipercayai membeli kabel curi terbongkar susulan tangkapan tiga individu termasuk seorang lelaki warga asing di Telok Gong, Klang pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara suspek yang ditahan dipercayai merupakan pembeli kabel yang dicuri.

"Tangkapan tiga lelaki ini membongkarkan kegiatan jual beli dipercayai barangan curi yang dijalankan oleh premis ini.

"Ketiga-tiga suspek berumur antara 22 tahun hingga 54 tahun ini ditahan kira-kira jam 3 petang oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang," katanya dalam sidang akhbar dj Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan seramai 11 individu termasuk tiga wanita ditahan pada Jumaat dan Sabtu lalu kerana dipercayai terlibat kegiatan mencuri kabel di sekitar Selangor.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek terlibat bagi kes di Ampang Jaya, Shah Alam dan Melaka serta dipercayai aktif sejak tahun lalu dengan menyasarkan kabel Telekom Malaysia bawah tanah yang dipotong dan ditarik menggunakan pacuan empat roda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: