Jom jelajah 'Bahagianya Petaling Jaya' akhiri sambutan Ulang Tahun Ke-18 PJ

Para peserta acara Jom Jelajah Bahagianya Petaling Jaya 2024 dilepaskan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon (tengah) pada Ahad.
Para peserta acara Jom Jelajah Bahagianya Petaling Jaya 2024 dilepaskan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon (tengah) pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM- Acara Jom Jelajah Bahagianya Petaling Jaya yang berkisarkan konsep 'Amazing Race', 'Treasure Hunt' dan 'Food Hunt' telah menjadi pengisian terakhir untuk program Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling Jaya 2024.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya berkata, penganjuran acara berkenaan adalah selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdayatahan 2030 (PJSSR 2030), Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN).

"Ia dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan warisan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu, acara terbabit menerima penyertaan 50 pasukan dengan jumlah keseluruhan 200 peserta terdiri daripada Ahli Majlis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Kementerian Pertahanan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), BSN, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), rakan-rakan media, kakitangan MBPJ dan orang awam.

Mohamad Zahri Samingon ketika menyampaikan ucapan sebelum acara bermula.
Mohamad Zahri Samingon ketika menyampaikan ucapan sebelum acara bermula.

Pasukan Gold Fingers dari LHDN telah muncul sebagai pemenang utama yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,800 manakala Ninja Warriors,

peserta dari kategori orang awam dan Seekers dari MBPJ masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,200 dan RM800.

Bandaraya Petaling Jaya telah diisytiharkan sebagai sebuah Kota Seni oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 2015.

Artikel Berkaitan:

Ia selaras dengan komitmen berterusan dan pencapaian Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam usaha mempromosikan bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa yang berasaskan kepada kepelbagaian dan keharmonian kesenian dan kebudayaan tempatan dan antarabangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!