Orang ramai berpesta 'candat sotong' tepi jalan

Orang ramai berebut mengambil sotong atas jalan raya di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh, Selangor pada Isnin.
Foto ihsan PDRM
Orang ramai berebut mengambil sotong atas jalan raya di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh, Selangor pada Isnin. Foto ihsan PDRM
A
A
A

SUNGAI BULOH - Pagar di bahagian muatan terbuka dipercayai punca muatan hasil laut yang dibawa lori terjatuh di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh di sini, pada Isnin.

Ekoran itu, jalan menjadi sesak akibat orang ramai berhenti dan mengutip sotong yang jatuh di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai berhubung kejadian yang berhampiran kawasan perindustrian Kota Elmina, Sungai Pelong di sini, pada jam 7.46 malam.

No Image Caption

"Pagar lori tersebut dipercayai terbuka semasa melalui selekoh mengakibatkan beberapa tong muatan hasil laut terjatuh di atas jalan raya.

"Setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh pemandu lori tersebut. Justeru olis meminta kerjasama daripada saksi kejadian untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

No Image Caption

Terdahulu tular satu hantaran video yang dimuat naik ke Tik Tok oleh pemilik akaun @_aimaan yang memaparkan jalan menjadi sesak akibat orang ramai memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan sudah siap membawa plastik untuk mengisi sotong-sotong tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muatan berupa hasil laut termasuk sotong yang terjatuh daripada sebuah lori menyebabkan orang ramai berebut mengambil di atas jalan raya di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh, Selangor pada Isnin.
Foto ihsan PDRM
Muatan berupa hasil laut termasuk sotong yang terjatuh daripada sebuah lori menyebabkan orang ramai berebut mengambil di atas jalan raya di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh, Selangor pada Isnin. Foto ihsan PDRM

Video tular tersebut meraih 800,000 tontonan serta mendapat lebih 25,000 tanda suka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!