Anggota polis ditemui mati dalam rumah

Seorang anggota polis ditemui mati di dapur rumahnya dekat Selama pada Selasa. Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Sarudin
Seorang anggota polis ditemui mati di dapur rumahnya dekat Selama pada Selasa. Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Sarudin
A
A
A

LARUT - Seorang anggota polis berpangkat koperal ditemui mati di dapur rumahnya dekat Selama di sini pada Selasa.

Keadaan mangsa yang berusia 40 tahun itu disedari isterinya yang baru pulang menghantar anak ke sekolah sekitar jam 7.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, isteri mangsa menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan kepada penyelia balai.

"Berdasarkan rekod, mangsa bertugas di bahagian am sebuah balai polis di Selama.

"Mangsa juga telah berkahwin dan mempunyai tiga anak berusia antara tujuh hingga 14 tahun," katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

Beliau berkata, polis telah merakam percakapan ahli keluarga mangsa bagi membantu siasatan.

"Punca kematian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan diperolehi sebaik proses bedah siasat selesai," katanya.

Sarudin meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!